Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





the smell of love.
Wednesday, 20 April 2011 | 17:04 | 2 hearts♥
Assalamualaikum

Baru saja lepas balik dari jalan jalan carik pasal dekat Spain.Ah,will blog about that later.Banyak sangat benda nak share dengan korang semua.Amazing journey,amazing friends.Before I went to Spain,my mum pesan that she sent me a parcel.And I thought that it would take a long time to reach here.Rupanya,tidak.Aku rasa,dah sampai lama masa aku tengah syok syok jelajah Spain.

Aku tengah home alone sekarang.Omaigosh,is dat membahayakan bagitau dekat semua orang yang aku alone?Haha.My housemates semua dah pergi Ireland for their easter holidays.Bila dah duduk sorang,semua benda nak kena plan sendiri.Selama neh asyik harap housemates saja susun menu,hari neh,kena fikir sendiri.Tengah kusut kepala fikir nak masak apa,tetiba dapat facebook message suruh ambik parcel.


Oh btw,porters lodge tuh adalah tempat dimana semua parcel atau surat dikumpullkan dekat Uni aku neh.Bila aku baca message tuh,I was like "huh?".Aku pun mula la berimaginasi dalam jangka masa yang pendek tuh.Aku bayangkan parcel aku kena hurung lalat di tepi tong sampah and pelbagai lagi setting yang menggelikan.Tak mau cakap,kang ada pulak yang maki aku sebab cancelkan mood makan korang.Haha.

Full of curiosity,aku pun pergi porters lodge untuk ambik aku punya parcel.Selalunya,semua parcel budak budak Malaysia,dorang simpan satu tempat.Tapi bila aku jenguk,tak dak la pulak.Tetiba pakcik yang jaga porter's lodge tuh tegur aku.

Pakcik:Are you alright darling?What you're looking for?
Aku:Is there a parcel from Malaysia?My friend said that there is a parcel here.
Pakcik:Oh,yes.We have one.And it is smelly.I think the parcel contains fishes.It smells like fishes.Oh gosh.Is that yours?
Aku:No,its not mine.It is my friend's.

Cis aku tipu sebab nak cover malu bila tengok pakcik tuh buat muka disgusting.Hahaha.Patut lah bila aku carik tadik tak jumpak,rupanya,pakcik tuh simpan parcel tuh dekat bilik belakang stor dowh.Hahahaha.Korang patut tengok rupa parcel tuh.Dia balut dengan kertas tisu punya banyak sama dengan lapisan bumi dah.Paling tak boleh blah dia bubuh benda neh.

Siap dengan tanda seru lagik dowh.

Aku:I'm taking this parcel for my friend.She's not here.
Pakcik:Sure,take it.It smells badly.(Senyum sambil kesat tangan dekat seluar,nak hilangkan bau barangkali)
Aku:Yes,it is.(buat muka jijik) I wonder what is inside it.Ok,thanks.(nak blah cepat cepat tahan malu)

Bila aku bau balik,mana ada bau pun.Bila aku sampai rumah,cepat cepat bau.Tiada bau.Bila bukak lapisan tisu tuh,aku bau lagik.Ala,bau sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit jah.Bau kentut aku lagik obvious busuknya.Well,you call it busuk,but we love it,you know?Kau tak mandi tiga hari lepas tuh siap datang kelas dengan baju sama rambut tak sikat taik mata bersusun rapi dekat tepi mata boleh pulak.Aku rasa,bau mat saleh tak mandi lagik kuat kot.Nak tau ada apa dalam parcel tuh?Neh ha.

Cantik la pulak tulisan bapak aku neh.

Wuwuwuwu~ terharu dowh mak bapak sanggup hantar macam macam dekat aku.Dah la tuh,ikan masin bukan sejenis dia bagi,ada 3 jenis ikan masin dia bagi.Setiap satu dibungkus rapi.Menurut cerita mak aku,bapak aku siap jemur lagik semua benda neh 3 hari nak bagi benda benda neh semua betul betul kering sebab nak travel jauh.Selang sejam datang usya ikan kering dengan udang kering sebab takut kucing jiran sebelah buat kenduri.I heart you so much la mak bapak.

Berbekalkan semangat terharu yang menggunung and rasa geram geram manja dekat mat saleh,aku pun dapat idea nak masak apa hari neh menggunakan benda benda yang parents aku hantar.Rezeki jangan ditolak kata orang,kalau tolak bodoh namanya kata aku.Maka,selepas menggodek sana sini,maka terhasil lah sepinggan erm dua pinggan nasi dengan lauk lauk neh.

Apahal kalau nak tangkap gambar artistik sikit mesti gambar kena senget?
Ok ok ini baru betul.Angle bermacam rupa aku sediakan.
Sebab aku tinggal sorang,aku pun masak simple simple saja.Sambal sotong kering dengan telur mata sahaja.Hehe.At least,terubat la rindu dekat hati.Something yang busuk bagi diorang adalah something yang delicious bagi aku.Lain padang,lain belalang.Lain persepsi manusia.Layan jah la.Yah,I respect your opinion.Tapi nak komplen la jugak sikit sikit.Boleh kan?Hehehe.

Tengah tengah syiok makan sambil tengok abang Shahid Kapoor pujaan hati,tetiba handset bergetar ada email.

kelik untuk tumbesaran seperti sesudah minum susu enfagrow

Hey,aku dah ambik la parcel tuh.Mintak maaf la ya pakcik porters lodge tak ambik parcel awal awal.Saya pergi Spain la.Nasib baik mak saya tak pos tempoyak sebalang.Kang ada jugak yang pengsan.Haha.Buat semua warga Marjon,saya la orang yang dimaksudkan tuh.Tak pepasal famous.Hahahaha.Memang bikin pecah perut.I love my parents!!

They call it,fish smell.I call it,the smell of love.Love from parents to their daughter.

Labels: ,




Destinasi Bajet-Barbican
Monday, 3 January 2011 | 16:34 | 3 hearts♥
Kan dalam previous post aku ada tunjuk gambar signboard.Rujuk di situ untuk tahu Barbican itu di mana.Eh,tak bagi salam lagi.Assalamualaikum."-__-.Ok,tak mau cakap banyak,destinasi seterusnya,Barbican.Well,kalau datang Plymouth,wajib datang Barbican,sebab...sebab apa ya?Dah orang suruh pergi,kami pergi ja la.Aku tak tahu nak describe tempat neh macam mana.So,mari kita buat destinasi bajet edisi diari bergambar.

Barbican neh,letaknya di tepi laut.
Most kedai dekat sini ala ala vintage.
Jom masuk kedai neh.
One of the displays dekat kedai antik neh.Dah macam kacukan askar+superman dah aku tengok.
Apasal gambar neh senget?
Disebabkan tempat neh dekat dengan laut,maka benda benda yang ada dekat sini semua berasaskan laut.Nasib baik tak ada perusahaan jual ikan kering tepi jalan.
Yeah,we were hungry,so kami singgah kedai ice cream neh.Pakcik neh super baik.Calon bapak mertua mithali.
Serius sedap walaupun nampak simple.
Kanak kanak riang sedang memilih aiskrim.Comel bukan?
Kalau anda rasa dalam hati anda ada taman,maka sini la destinasi sesuai untuk dituju sebab persekitarannya yang aman dan jugak ala ala vintage gitu.Macam kembali ke zaman Ramlah Ram nyanyi lagu 'Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu' pakai baju lip lap lip lap bentuk love dekat dada la pulak.Haha.Hah,penat dah buat pamphlet pelancongan neh.I suppose that I wont be going anywhere outside Plymouth until this spring break,so until then,kita jalan jalan area Plymouth saja la yaw.Till then,tata~

Labels: ,




My hips don't lie.
Saturday, 1 January 2011 | 12:08 | 7 hearts♥
Bila dah masok taun baru,topik hangat mesti la azam baru.Macam macam azam yang kita boleh dengar.Ada yang malas berazam sebab tak pernah pernah buat azam tuh.Haha.Macam biasa la,gaya mau ada,buat tak buat,belakang kira,ya x?Azam aku taun neh,nak kurus.Haih,itu sebenarnya bukan azam taun baru pon,tapi sebab tak pernah terlaksana walau bagaimana usaha pon,so bawak ke taun ini la.Tak nak la nanti bila balik Malaysia orang tegur,"Awat cek makin tembun neh?".Aku nak orang tegur,"Wau,awek cun,muka dah macam Kate Middleton dah bila duduk UK neh." Hahaha.

Maka,dengan penoh jayanya semalam aku usha usha ebay,mana tau kot kot ada sendayu tinggi alat senaman yang best.Ladies and gentlemen,tolong la,jangan panatik sangat dengan ubat kurus ka hapa.Ada dua saja kunci kekurusan.Diet yang seimbang,dan senaman.Aku tak minat sangat makan ubat kurus neh sebab akan kerap ke jamban.Aku neh dah la sibok dan selalu berpura pura sibok.Tak sesuai.Kalau tengah tengah buat presentation powerpoint nak tercirit,tak ka haru nama nya tuh?Haih.

Kebetulan bukak Youtube,ada la pulak basic steps nak belly dance.Aku pon berkata pada diri sendiri,"Y not?Dah la free,hang boleh bergelek dan bergolek macam Shakira waka waka ey ey tuh".
Senyum membayangkan body idaman.
Berangan jadik Shakira.
Dengan tidak berlengah lagik,aku pon ikot la selow selow step by step.Tapi,dasar urat besi berkarat,tulang dawai berduri,kulit tin minuman ringan,aku semput by video number 2.
Konon nak jadik cleopatra,tapi hareemmm tak jadik sampai ke sudah.
Masuk video ke 4,aku dah nak tarik mengkarung.Tu dia,mantap habis lah.Hahaha.Aku pon stop belly dance neh sebab sat lagi kalau aku cramp,aku mesti terpekik terlolong mintak rescue 911 dekat housemates aku.Kantoi la aku belly dance sensorang lam bilik.Malu woot.Last last terdampar atas lantai urut kaki sendiri.Tidur malam tuh,badan kena straight macam askar nak kawad kaki dah aku neh.Sakit pinggang ya rabbi.
Ini bukan muka sembelit,ini muka sakit pinggang.
Conclusion dia dekat sini,warm up la dulu sebelom exersice ka,dance ka,apa apa ja la yang memerlukan kita bergerak aktif.And kalau stamina badan tuh macam siput babi,tok sah la gedik nak menari semua.Kena tau kemampuan diri.Haih,nasib badan.Haha.Bye,Happy New Year.

Labels:




Plastik Sergeri Seorang AIShwarya Rai.
Thursday, 23 December 2010 | 05:50 | 8 hearts♥
Assalamualaikum.

Kalau baca mana mana blog budak budak obersea yang duduk UK,Ireland dan sewaktu dengan nya,rata rata akan cakap pasal musim sejuk.Bila musim sejuk,sudah pasti la berak pon keras salji pon turun.Kalau nak baca pasal kronologi ribut salji di London ka,bagaimana salji terbentuk ka,sila la bukak Yahoo! sebab blog neh bukan blog berunsur ilmiah (yeah,semua orang tau tuh). Bila salji turun,sudah pasti everybody will show his or her true colours.Kalau selama neh berbudi pekerti mulia duduk ajak kucing sebelah masuk dan main ala mucuk mucuk,hari itu,akan bertukar (baca dengan nada atromen transform) menjadi syaitonnirrajim.Kepal dan baling salji dekat sesiapa sahaja yang berada berdekatan tanpa mengira usia,pangkat,mahupun bilangan jerawat di muka.

Sebab last time,salji turun sehari saja,so aku bajet macam tuh la jugak bulan 12 neh.Rupa rupa nya,tidak.Salji turun lagik tak berhenti henti.Bila bangun tidur di tengah hari,rupa rupanya semua orang duduk golek golek saji nak buat snowman.Dah macam kumbang taik dah sekor sekor.Maka,aku pon join mereka tanpa berlengah lagik.

Macam kelemumur.
Bulat air kerana pembentung.bulat snowman kerana orang yang membuatnya.
Maka,setelah bertungkus lumus make over salji tuh,maka terhasil la snow girl sebelah snowman yang dihasilkan jiran sebelah umah.Mula mula nak menampilkan ciri ciri 1Malaysia dengan buat snow girl versi India sebab hepi elaun buku dah masuk lantas nak menunjukkan rasa sayang dekat pemimpin.Ada sanggul dan titik merah di dahi siap.Kalau Najib tengok,mau nangis siap.

Aku namakan dia,AIShwarya Rai.
Sekali sekali tengok,dengan campur tangan orang umah sebelah,dan jugak kreativiti diri sendiri yang melampau lampau,maka kami pon buat plastik sergeri terhadap beliau.

Ok,mula mula kita kasi tukar rambut.
Kami rasa rambut itu terlalu urban untuk AIShwarya Rai,maka kami pon buat makeover secara drastik.
AIShwarya Rai -> Pamela Anderson.
Padah akibat terlalu kreatif dan inovatif.Ais jadi mangsa.Jangan cuba perkara di atas,kecuali kalau mak anda tak membaca blog anda.Hahaha.

Selamat Hari Winter!Merry Christmas!

Labels:




rumah terbakar,panggil bomba,rumah terbuka,panggil saya!
Wednesday, 1 December 2010 | 14:30 | 4 hearts♥
Mintak maaf la.Memang dah terlambat sangat kot buat post raya haji neh.Haih.Nak buat cemana,masa raya haji ari tuh, tak ada blog lagi.So,cemana nak taip,kan?Pardon me for that lame excuse,but i would like to list 3 reasons y i like open houses.

1. ada makanan sodap sodap.alkisahnya, hari tuh masa open house, nasi itu sudah expired yakni sudah basi. hampir kebanyakkan orang yang aku interview selepas majlis tuh, rata rata mengakui dapat mengesan sesuatu yang agak aneh dengan nasi itu. semua pakat pakat bagi signal sesama sendiri, and decide tak mau makan nasi tuh. yang aku neh,bukan sahaja habis sepinggan,malah hentam nasi rakan seperjuangan di sebelah. habis makan,baru tau nasi basi sambil tepuk dahi. tapi,perut pon dah kenyang time tuh,so nak menyesal pon tak guna jugak.tak apa la,sedap jugak.hahaha.

itu dia!hahaha.

2.boleh berjumpa sanak saudara dan kalau bernasib baik,dapat duit raya walaupun dah lanjut usia.dalam kes raya haji baru neh, tak dapat la den nak nolongnya. mak bapak haku jauh nun.so,term 'sanak saudara' bertukar jadi 'senak perut bersama rakan'.haih.cuba kau cakap,sapa yang tak gelak?muka rockafella,ada ati kau nak suruh aku posing ayu siap tangan ala ala kumpulan nasyid.memang mengundang tawa di hati.

berdasarkan pengalaman sendiri.

3.boleh cam-whoring!!ok,sekarang aku nak paparkan gambar 1malaysia.aku hope,sesapa yang duduk kat malaysia tuh,kalau nampak gambar neh,tolong kasi tau najib.biar dia bangga,lepas tuh secara automatik dia akan locate aku.dan akhir sekali,dia akan kasi up elaun kami semua setelah tau pahit getir belajar dekat sini.kenapa pahit getir?sebab dekat uk,tak ada kedai nasi kandar nasmir pojaan ati.dey anne nasmir,kasi bukak la satu cawangan dekat plymouth.saya sudah butul butul terkena jampi kari yang direndam stokin yang anne buat la.

pakai serba hitam,biar nampak kurus sedikit.

Happy belated aidiladha dekat family,love,and friends.Juga dekat sesapa yang membaca post ini.Juga andai kata najib tun razak baca entri neh,suatu hari nanti.

Labels: