Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Plastik Sergeri Seorang AIShwarya Rai.
Thursday 23 December 2010 | 05:50 | 8 hearts♥
Assalamualaikum.

Kalau baca mana mana blog budak budak obersea yang duduk UK,Ireland dan sewaktu dengan nya,rata rata akan cakap pasal musim sejuk.Bila musim sejuk,sudah pasti la berak pon keras salji pon turun.Kalau nak baca pasal kronologi ribut salji di London ka,bagaimana salji terbentuk ka,sila la bukak Yahoo! sebab blog neh bukan blog berunsur ilmiah (yeah,semua orang tau tuh). Bila salji turun,sudah pasti everybody will show his or her true colours.Kalau selama neh berbudi pekerti mulia duduk ajak kucing sebelah masuk dan main ala mucuk mucuk,hari itu,akan bertukar (baca dengan nada atromen transform) menjadi syaitonnirrajim.Kepal dan baling salji dekat sesiapa sahaja yang berada berdekatan tanpa mengira usia,pangkat,mahupun bilangan jerawat di muka.

Sebab last time,salji turun sehari saja,so aku bajet macam tuh la jugak bulan 12 neh.Rupa rupa nya,tidak.Salji turun lagik tak berhenti henti.Bila bangun tidur di tengah hari,rupa rupanya semua orang duduk golek golek saji nak buat snowman.Dah macam kumbang taik dah sekor sekor.Maka,aku pon join mereka tanpa berlengah lagik.

Macam kelemumur.
Bulat air kerana pembentung.bulat snowman kerana orang yang membuatnya.
Maka,setelah bertungkus lumus make over salji tuh,maka terhasil la snow girl sebelah snowman yang dihasilkan jiran sebelah umah.Mula mula nak menampilkan ciri ciri 1Malaysia dengan buat snow girl versi India sebab hepi elaun buku dah masuk lantas nak menunjukkan rasa sayang dekat pemimpin.Ada sanggul dan titik merah di dahi siap.Kalau Najib tengok,mau nangis siap.

Aku namakan dia,AIShwarya Rai.
Sekali sekali tengok,dengan campur tangan orang umah sebelah,dan jugak kreativiti diri sendiri yang melampau lampau,maka kami pon buat plastik sergeri terhadap beliau.

Ok,mula mula kita kasi tukar rambut.
Kami rasa rambut itu terlalu urban untuk AIShwarya Rai,maka kami pon buat makeover secara drastik.
AIShwarya Rai -> Pamela Anderson.
Padah akibat terlalu kreatif dan inovatif.Ais jadi mangsa.Jangan cuba perkara di atas,kecuali kalau mak anda tak membaca blog anda.Hahaha.

Selamat Hari Winter!Merry Christmas!

Labels:





/