Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Si Luncai dengan babu babu nya.
Sunday 27 May 2012 | 17:27 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku abai blog ni.Sibuk sikit wuwuwu.Adat lah duduk luar, tiap tiap tahun mesti ada event nak show off Malaysia.Kami punya event,nama MFest (singkatan Malaysia Festival).Sendiri buat,sendiri anjur,semua sendiri la pendek katanya.Disebabkan tahun lepas senior yang in charge semua benda, this year,kami junior comel ini pulak yang ambil alih.Kalau last year aku under anyaman tikar (ajar mat saleh macam mana nak anyam,ala macam yang kelas seni darjah satu anyam dekat kertas tu),this year aku jadi ketua puppet show.Aku ingatkan puppet show ni senang nak dibuat.Ala,setakat angkat patung,buat suara bagai.Namun,tanggapan aku salah sama sekali.

Halangan pertama:Buat props.
Memandangkan aku dapat puppet stage dari Chaplaincy Uni,maka aku tak payah bersusah payah buat stage dan cari anak patung.Tapi,patung Chaplaincy ada sekoq unta,sorang patung gegirl,dua patung laki laki.So,aku kena pikir cerita sesuai yang hanya ada maksimum dua hero.Kau bayangkan,patung tu patung wanita berkulit hitam.Mana ada cerita klasik melayu yang ada nigger?Last last,cerita yang dipilih,Si Luncai.Ok,setel satu part.Stage dah ada,patung dah ada,cerita pun dah ada.Tapi,setelah di assemble kan stage itu,rasa kosong sangat.Tak ada feel Malaysia langsung.patung pun semua westernized.Aku bogel kan baju patung patung tu,alter bagi nampak Malaysian sikit.Ada la rupa Melayu+Caucasian macam Zain Saidin sikit.Aku tak pandai melukis,so aku mintak tolong kawan aku yang genius melukis suruh tolong lukiskan props.And aku warna.Itu pun labu aku warnakan dengan colour koko gelap sampai orang ingat itu taik.LOL.Dah habis lukis dan warna,aku kena lekat pulak dekat stage supaya nampak meriah sikit.Ini la part susahnya.Aku guna double sided tape,tak lekat.Pakai stapler,tak lekat.Last last,senior senior yang baik hati tolong jahitkan dekat kain stage tu.Itu kan barang Chaplaincy,so tak tau la boleh ke tidak jahit.Aku main bantai ja.And untuk sampan yang aku buat tu,aku gunting,and lekatkan atas dua batang kayu yang aku jumpa dalam stor rumah aku.Begini rupanya.

Besar nak mampus lukisan,nasib baik terfikir nak guna kayu buat penahan

Ada dua lovely senior (bodek to the max hahaha) yang sudi join aku jadi puppeteers. Tak ada la merana sensorang.Sharing is caring,ya tak?

Kiri tu kak wani,tengah tu le me,kanan tu kak adah

Practice punya practice,alter punya alter props,tiba la hari yang dinanti.Tapi tunggu,halangan dok ada lagi.

Halangan kedua:sakit gigi pulak dah.
Time time ni la gigi geraham aku nak melihat dunia.Aku punya sakit gigi sampai nak makan pun tak lalu.Ini menyebabkan dua tahun berturut turut aku terlepas beli sate.Aku memang dok target lama dah nak beli sate ni.Siap chop dekat Sales Division awal awal lagi.Tak apa la,bukan rezeki.Dah dengar cerita aku kempunan ni,kalau terjumpa aku tepi jalan,sila belanja aku sate.Depan Public Bank Sungai Petani punya.Perh,heavennn.Walau aku sakit gigi,tapi mulut cakap tetap tak berenti.Terima kasih pada minyak cap kapak kawan aku (tried and true method,sakit gigi?bubuh minyak cap kapak di gusi), aku masih mampu ber hu ha hu ha pada hari itu.

Muka mau taiko,baru nampak berkaliber sikit hahahaha.Gigit lidi sate untuk menambah effect gangsta.

Halangan ketiga:reaksi penonton.
Ini yang buat ketaq sangat ni.Ada ke orang nak datang tengok?Orang stay sampai habis puppet show ke?Orang bosan lalu blah ke?Man,seriously.Gemuruh jiwa,semangat membaraaaa~~ eh terFaizal Tahir pulak.Kami sepatutnya perform dua kali.And yes, we did perform two times,but on a slightly different time than scheduled.First audience,budak budak kindergarten.

Cilok dari senior,hihi

Ada budak nangis wehhh sebab takut tengok puppet tu.Wuu wuu.Aku ingatkan semua kanak kanak belum baligh suka patung patung begini.Wuu wuu aku pulak yang nak nangis dengar budak tu nangis.Diorang senyap je.Entah paham ke tidak.Ada yang main main dengan anak patung yang bertaburan atas kain langsir yang kami hampar tu.Tak tahan tau siap cari bear bear dengan kain langsir supaya audience selesa.Thanks senior.

Muka menahan nafsu lenguh

Fokus dekat muka ternganga tu.Bukan muka patung.muka manusia tu.Sesungguhnya puppet show menuntut otot lengan yang maha kuat.Bila tak kuat,begini la jadinya.Ternganga tahan lenguh.

Lepas show,kami ada sesi beramas mesra beramah mesra dengan penonton.Bila kami keluar,muka kanak kanak tu masing masing macam confused.Eh pehal akak akak tu keluar pulak?Tadi aku nampak patung,sekarang keluar orang pulak.Pandai je kau monolog bagi pihak kanak kanak Arifah ooii.

Second audience,budak sekolah rendah Treviglas.Ramai yang datang.Kami pun seronok la nak bercerita.Sekali bila aku jenguk muka tengok dekat luar masa tengah perform tu,kosong je depan kami.Budak budak semua pergi main.Kami bercakap sorang sorang.Tinggal kawan kawan kami je tengok.Muka masing masing kesian dekat kami yang kena cakap sorang sorang.Aku tak tau nak nangis ke nak gelak.Ingat nak stop,tapi senior suruh proceed.Proceed je la.Session last lagipun.Bila dah habis perform,baru datang dua orang budak main main dekat booth kami.Booth kami kan banyak bear.Diorang suruh perform.tapi by that time,aku dah terlampau terluka,membawa diri pergi main zero point dengan kawan kawan.Tiada siaran ulangan (baca dalam nada diva) bagimu.Haha.Actually bukan salah diorang pun,tapi aku dah malas sangat dah time tu.Siap hasut senior suruh jangan perform.Bagus betul ketua ni hahaha.


Apapun,ini MFest last dekat Uni ni.Sebab kami batch last,tak ada junior.Tahun depan kami busy buat dissertation (konon) so tak ada masa nak buat benda lagha ni semua.Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tak langsung.Dari yang tolong buat air teh untuk kami, tolong sokong, tolong cari bear, sampai la yang tolong main patung sekali.Even yang tolong tengok pun aku rasa berterima kasih sangat sangat.Serious ni tau.Bagi yang tak sempat nak join MFest kami,nah aku bagi a few pictures extra supaya ampa boleh get a rough view macam mana la rupa bentuk MFest kami ni.(ala ala sendu sikit la bagi aku hehehe jangan bunuh aku budak MARJON)

Ini kawan kawan saya dan lecturer yang saya suka berangan dalam kelas dia.

Antara booth yang ada

Ini booth lukis inai.Itu Yah dengan ketua jabatan kami,Katy.

Anak anak tak berdosa melukis

Ini antara game yang ada.Aku pun main juga.Kain bukan penghalang untuk mengangkang dan berlari.

Wajib la ada tarian kebudayaan,nama pun Malaysian Festival.

Till then,tata~



Wajarkah Pendapatan Guru Tinggi Sebegini.Wajarkah Buat Post Bangang Sebegini.
Sunday 22 April 2012 | 11:07 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.


Dah lama tak berkongsi rasa,bertukar cerita dengan semua.Menulis ini pun kerana rasa perlu.Hidup sekarang sibuk.Sama ada sibuk melagha atau sibuk berkerja,hanya aku dan ALLAH saja yang tahu.Tadi terbaca artikel saudara tak cukup kasih sayang ini lepas diberi oleh housemate.Malas aku nak kopipes semua.Kalau nak baca,cuba tekan link yang aku bagi.Jangan asyik malas dan mengharap pendidikan percuma sahaja.


http://malaysiatopbloggers.blogspot.co.uk/2012/01/wajarkah-pendapatan-guru-tinggi.html?spref=fb


Aku tau,ini cuma artikel provokasi,oleh insan yang tak cukup nutrisi.Nutrisi dalam jiwa nya.Kering kontang kurang dengan kasih sayang.Cuma aku terpanggil untuk beromen mengomen,kerana aku rasa penulis ini perlu tahu akan dunia.Mari aku beritahu pandangan aku dari perspektif seorang bakal guru yang pernah membuat pemerhatian di sekolah sekolah Britain (area Plymouth dan Cornwall) hampir setiap semester.


Salah satu benda yang aku nak sentuh di sini adalah TA(nama manja).Dari pemerhatian aku,guru guru di sini (Britain) beruntung kerana dilengkapi TA atau nama sebenarnya Teaching Assistant.Ini skop kerja TA,

Teaching assistants are often used to take small groups of children out of a class that need extra support in an area, such as literacy or numeracy. This can also include work with children with special educational needs (SEN), which the teacher cannot always accommodate in a normal class.

They are also mostly responsible for listening to children read, and reporting back to the teacher if any issues arise. Helping teachers prepare for lessons by photocopying resources, or putting out equipment at the start of a lesson is another main role of the teaching assistant, and one which is becoming increasingly common, due to the National Workforce Agreement (dari wiki apa dia) 

Jadi mungkin boleh nampak yang kerja kerja remehan diberi kepada TA supaya cikgu boleh fokus kepada tugas hakiki.Kalau kelas membaca,murid yang agak lambat membaca,diserah pada TA.Maka duduk lah si TA bersama murid yang lambat itu di sudut kelas.Membaca berdua.Kalau di makmal sains,TA lah yang menjadi tempat bertanya.Apakah betul prosedur kami?Yang mana satu Benedict's solution? Lagi pula infrastruktur di sini amat canggih.Senang sikit kerja guru UK. Dah kenapa pulak spacing lain dari perenggan atas ni?Persetankan.Pendapat personal aku,kalau guru di Malaysia dilengkapi TA,kalau prestasi masih tak memuaskan,tak salah kalau nak busuk hati begini.Nak bawa isu ini ke Bersih 3.0.1.1 pun tak mengapa.

Tapi ada satu aspek yang mahu aku puji berdasarkan pemerhatian aku.Murid murid kita lebih bersopan.Walau seganas mana pun,kalau cikgu mampu mengambil hati,nescaya lembut budak itu.Mungkin kerana nilai masyarakat timur yang ada.Mungkin kerana suasana.Mungkin aku yang nasib tak baik dapat jumpa pelajar yang entah apa apa hahaha.Pernah aku lihat pelajar suka suki mak datok dia menonton porno di dalam blackberry kekdahnya di dalam kelas Science.Yang si guru,baru hari pertama mengajar maka tak berani berkata apa apa.Kasihan.Murid murid kita,kalau ada pemerhati terutama dari luar negara,bukan main sopan lagak gaya masing masing.Murid murid di sini,huh,harapanlahhhhh.Dilanggar,check.Dimaki,check.Bukan setakat murid,kadang kadang guru pun sama naik kurang ajarnya.Semua harus maklum akan kondisi tandas orang putih yang kering sebab mereka kencing berak lap guna tisu sahaja.Dalam satu kejadian,rakan rakan ambil wudhu di sinki.Air melimpah di sinki.Aku dan rakan yang tak pernah masuk tandas dipanggil kasar lalu dibawa ke almari cleaner dan disuruh mengelap sinki.Jahat.Aku rasa guru kita di pedalaman wajar diberi lebih.Senior senior seperjuangan yang ditugaskan ke dalam selalu bercerita di Facebook tentang payahnya hidup.Hari ni disengat tebuan.Esok kala jengking.Silap haribulan,mati pun tiada siapa yang sedar.

Aku rasa,aku sudah merepek dan tersasar jauh ni.Encik penulis,sekali imbas blog awak pun,saya dah boleh mengagak.Blog encik penulis sama macam blog saya,hanya blog picisan yang membuang masa.Saya maafkan encik,mungkin encik mahu trafik lebih.Dan padan muka encik apabila dibombard oleh para guru di komen bahagian bawah.Jangan lupa,Malaysia ada ramai guru.Lebih daripada suku umat yang membeli belah di pasar raya Tesco adalah guru (fakta buat sendiri).Sudahlah encik,jangan busuk hati.Semua kerja sama sahaja payahnya.Aku tahu (guna 'saya' masa cakap dengan encik,guna 'aku' masa cakap dengan korang semua.aku bukan main sopan lagi ni,kalau encik penulis tak berminat juga,tak tahu la) tak guna pun kalau nak dibandingkan education di sini dan di UK sebab itu dua negara berbeza.Tapi, macam encik itu juga,tak salah kan kalau aku berkongsi pengalaman dan pendapat? Baik kau berterima kasih encik penulis.Aku sudah tolong naikkan trafic kau.Lepas ni jangan kurang kasih sayang dan hentam guru lagi ya?







P/S: rasa janggal serious begini.nanti nanti la ya aku yang tak senonoh tu muncul?haha.




Penangan mamak kari tangan berbulu bulu
Monday 6 February 2012 | 16:07 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.


Semalam masa nak tidur tetiba ja selimut aku bau macam nasi kandar kuah campur taruh atas plus ayam plus telur masin.Absurd,rite?Ada 4 kebarangkalian kenapa situasi sebegitu karut boleh berlaku pada pukul 2 pagi di tanah UK.Yang pertama,hang memang orang utara jati.Kedua,hang homesick.Ketiga,restoran pelita rendam stokin dan spenda dalam kuah kari kasi hang ketagih.Keempat,hang lapaq.In my case,aku rasa,ketiga tiga sebab (err minus nombor tiga,geli ngat aih) adalah relevan,tapi nombor empat lah yang paling menyerlah.Musim sejuk kan,what do you expect?Sedangkan beruang polar pun melahap bukan main lagi dalam musim sejuk,inikan pula manusia biasa perut jin macam aku.

Aku tak homesick pun(tak macho la wei ngaku homesick publicly dowh),tapi aku rasa aku lebih kepada foodsick.Ah persetankan sama ada kau pernah jumpa atau tak word ini sebab aku pun tak sure.Foodsick ni macam homesick,tapi kalau homesick kita rindu rumah,foodsick ni kita rindu makanan.Ada paham tak apa yang teacher Arifah cakap?

Meh sini aku bagi satu example baek punya kenapa aku foodsick.Situasi,waktu breakfast.Kalau kita dekat Malaysia,kita makan ini



Kalau tak pun,makan ni


Paling lekeh pun makan ni pun jadi la


karipap yang dijual oleh makcik karipap di asrama asrama seluruh malaysia


Kau nak tahu aku makan apa pagi tadi(dan banyak lagi pagi sebelum ini)?


cheese and onion sandwich
Well,mesti kau rasa wau dia makan makanan mat saleh osem osem osem must try and make this at home so simple bla bla bla.Pada sesiapa nak cuba,word of advice aku,jangan.Aku makan sandwich ni,time dia agak sejuk tau,so kau boleh bayang tak rasa mengunyah bawang yang sebesar ibu jari dan cheese setebal tebal lemak di perut kau.Pulak tu,lepas makan,mulut kau bau...macam harem.Aku makan pun sebab tak da banyak sangat pilihan.Obviously lah aku takkan makan bacon sandwich harooom adik adik oooiii.Aku betul betul tak paham apasal lah mat saleh boleh terpikir nak buat kombinasi dua benda yang bau busuk ni.Boleh pulak depa cakap durian kita busuk padahal sandwich depa punya bau pun,ish ish ish azab.Berdasarkan pengalaman aku duduk dekat sini,their food is quite tasteless and tak sebagus makanan kita.Fish and chips yang hampa dok makan bila mood-tekak-mat-saleh-menjelma dekat medan selera tu lagi sedap berkali kali ganda kalau nak di compare dengan fish and chips yang betul betul western dekat sini.Ini pendapat aku tau.Kalau tak setuju,tak pe,kalau setuju,i suke.Hik hik.(gelak bimbo)

Ah kenapa pulak aku emo ni?Benarlah bak kata pepatah Uzbekistan,hungry woman is an angry woman.Maka aku nak akhiri post kali ini dengan pesanan,sayangilah abang mamak sekalian kerana tanpa mereka,siapa la yang nak rendam spenda dan stokin dalam kari sampai terigau igau siang malam walaupun beribu batu jauhnya.Dan juga jangan lah seronok sangat nak berdemonstrasi sana sini buat rusuhan kerana nanti bila kedamaian negara terjejas,semua orang tak boleh melepak dengan penuh girang lagi riang di kedai kedai mamak pada waktu tengah malam macam kutu rayau tengok bola terpekik terlolong.

Punya gigih edit gambar dari pakcik google demi cintaku padamu




New layout
Wednesday 25 January 2012 | 09:27 | 0 hearts♥
Assalamualaikum


Hello hello semua.Blog ini dah bertukar wajah.Makin simple.I loike.Well,since aku bukan jenis post url blog sendiri di facebook,maka aku rasa aku patut announce benda ni supaya hampa semua bukak aku punya blog bila dah terpacul nama blog aku di screen dashboard semua orang!wkwkwkwk.I was supposed to do my drama assignment last night but ended up changing the blog layout instead.Argh,talk about the power of procrastination!Aku yang noob photoshop dan bengap bab tukar layout secara manual pun dah boleh melakukannya.Semuanya sebab tak nak buat assignment.Cuba lah kalau bermotivasi sebegini ketika belajar,sudah tentu terbukti benar pepatah 'usaha tangga kejayaan'.Ok ok sekarang still kena buat assignment.So bye bye!

Yeah I'm cool liddat




Mencarut dalam waltzers ride
Tuesday 24 January 2012 | 12:56 | 0 hearts♥
Assalamualaikum


Well,last few weeks (nampak sangat kisah lama) aku pergi city centre dengan kawan aku. Dah lama tak jejak kaki ke bandar Plymouth yang tak berapa dikasihi.Saja keluar nak cari maggi di kedai continental, nak jalan jalan have fun (ewah kau).

Setelah berjimba sekuat hati, maka kami pun lapar lalu makan buffet.Halal ok.Kebulur macam mana sekalipun,bab makan,kena jaga.Yang harom tetap harooom.Nak dijadikan cerita,perut aku buat hal lah pulak hari tu.Memulas macam mesin basuh.Kan dah potong stim nak makan besar.Tapi tak apa,itu semua bukan penghalang buat ku untuk melahap bagai tiada hari esok.Bila time nak balik,kawan aku ni nampak satu funfair yang tak berapa fun ni (sebab dia kecik ja).Dia eksited lalu nak naik benda ini.


Akan tetapi tiada langsung orang yang naik benda alah itu ketika dia sedang bernafsu nak naik benda itu lalu diajak nya aku.Eh ehkau ni nak bunuh eden eh?Aku ni gayat,tahu?Maka ditenungnya benda itu lama lama.Kasihan pulak dia tapi aku memang tak dapat tolong.Mainan ini disebelah kanan kami.Bila kami menoleh kehadapan,kami nampak game ini pulak.

Ini waltzers ride


Mainan yang ini,ramai orang naik.Aku pandang dia,dia pandang aku.Pandangan kami bertaut,lalu kami naik menatang alah ini bersama sama.FYI,aku ni punya tahap gayat,dahsyat sangat.Selalunya gayat ni la penghilang aura macho aku.Iya la,jalan bukan main lagi macam kadet polis,sekali gayat,suara kepit habis. -__-" 

Aku tak sangka lah pulak benda ni akan meninggalkan sejarah hitam dalam hidup aku.Sungguh aku tak sangka yang menatang alah ini bukan apa yang seperti aku imagine kan dalam pala hotak aku yang memang naif bab bab fun fair dan sewaktu dengannya ini.Nak tahu apasal aku setuju nak naik benda ni?Sebab aku ingatkan waltzers ride ni macam ni.

Ini aku boleh la naik

Patut lah masa aku dah duduk diam diam dalam tu,kawan aku pesan siap siap suruh ikat beg plastik,pegang beg kuat kuat.Aku ni punya lah bendul,ikut ja.Sekali dia pusing,begini rupanya.

Aku rasa macam butter yang diputar putar dalam mixer


Terkesima sekejap aku dibuatnya.Dah la perut aku time tu la jugak nak memulas balik.Dengan baru lepas makan nya.Aku pejam kan mata.Meh tengok kronologi carutan aku.

First round: Wargh!Emmm..Emmm..Emmmm..Ish..Ishh......
Second round: Wei gayat la wei,awat hang tak bagitau aku benda ni gayat!
Third round: OH MY GODDDDDDDDDDD
Fourth round dan seterusnya: Sh*t,F@#$*&(*%H#&)##%&WTH!!!!!
Round entah keberapa: PLEASE STOP THIS THING! I CANT STAND THIS ANYMORE!!!!!
Last round: Ok,I give up.Malas nak menjerit.

Mula mula tu,boleh la aku nak ketap ketap bibir lagi,malu dekat mat saleh kalau menjerit kuat kuat.Tapi makin lama aku makin tak tahan pulak.Ditambah lagi sepanjang aku menjerit tu,kawan aku ni asyik gelak ja.Dah macam digeletek secara berjemaah pulak gelaknya tu.Makin kuat aku jerit,makin galak dia gelak.Serious rasa nak terbang.Nasib baik tutp mata,kalau tak,dah lama aku cirit on the spot.Adus.Yang ajaibnya,time aku cakap aku give up,terus benda tu berenti.Kalau tidak,abang abang yang jaga menatang alah tu sakan mengusik aku.Dah macam kena seksa dalam filem horror pulak.Bila balik rumah,habis aku kena bahan dengan rakan rakan sebaya yang lain sebab jerit.Haha.Tapi satu pencapaian maha hebat la untuk aku sebab aku still berupaya menjerit dalam bahasa inggeris.Ini memang pengalaman tak boleh blah.Moral cerita ini adalah,kalau dah gayat extreme,jangan berada dalam lingkungan 0.0001 batu nautika dari pesisir mana mana funfair.Ini memang muka tak boleh angkut pi Disneyland.Buat malu ja.Bye.





Virtually Forever Alone (wordless wednesday)
Tuesday 13 December 2011 | 13:20 | 4 hearts♥

Assalamualaikum.




Labels: , ,




UK fun fact#1
Thursday 24 November 2011 | 06:37 | 0 hearts♥
Assalamualaikum


Do you know that you cant simply photocopied books or anything here?Kalau di Malaysia,tauke kedai photostat dah boleh berbini dua  beli mercedes benz sebijik sebagai mercu tanda orang kaya kaya sebab terlampau banyak sangat orang yang datang kedai diorang. Kalau tauke tu jual benda lain macam pengetip kuku (sumpah pengetip kuku dekat kedai photostat dekat rumah aku tu tajam gila), sediakan servis untuk binding assignment pelajar pelajar last minute macam aku, lagilah bertambah bini kaya kaya raya lah mereka. Masa kecik kecik dulu mesti ada situasi di mana korang terpaksa korbankan duit nak beli coklat Ding Dang untuk bayar duit photostat kertas latihan dekat guru kelas kan?Selalu nya cikgu kumpul seringgit atau 50 sen setiap round. Minggu seterusnya mintak lagi duit photostat. Tu menunjukkan betapa rakyat malaysia cintakan mesin photostat.

Copy Shop Assistant (CPA): Yes darling,do you need any help?
Me:  Yes, I would like to photocopy this chapter please.
CPA: Is this a library book?
Me:  Yes it is.
CPA: You have to go to the library, purchase the library credit and photocopy this chapter yourself using the machine there (showing me the machine). Starting from this term,you have to photocopy the text yourself because I have lots of work to be done (amboi!!).
Me: Ermm, sorry I did not hear you question just now. This is my friend's book. (pura pura tak dengar soalan tadi supaya aku tak payah pergi library)
CPA: I'm sorry.I cant help you then. You see, (showing me the insides of the book) this  book is in copyright. It says here that you can't reproduce any part without the permission of the publisher. If this a library book, you can only copy a chapter of it,or 5% of the whole book. If you do not follow these rules and get caught, you might be fined up to 1000 pounds.

frust aku macam ni




Labels: