Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Penangan mamak kari tangan berbulu bulu
Monday 6 February 2012 | 16:07 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.


Semalam masa nak tidur tetiba ja selimut aku bau macam nasi kandar kuah campur taruh atas plus ayam plus telur masin.Absurd,rite?Ada 4 kebarangkalian kenapa situasi sebegitu karut boleh berlaku pada pukul 2 pagi di tanah UK.Yang pertama,hang memang orang utara jati.Kedua,hang homesick.Ketiga,restoran pelita rendam stokin dan spenda dalam kuah kari kasi hang ketagih.Keempat,hang lapaq.In my case,aku rasa,ketiga tiga sebab (err minus nombor tiga,geli ngat aih) adalah relevan,tapi nombor empat lah yang paling menyerlah.Musim sejuk kan,what do you expect?Sedangkan beruang polar pun melahap bukan main lagi dalam musim sejuk,inikan pula manusia biasa perut jin macam aku.

Aku tak homesick pun(tak macho la wei ngaku homesick publicly dowh),tapi aku rasa aku lebih kepada foodsick.Ah persetankan sama ada kau pernah jumpa atau tak word ini sebab aku pun tak sure.Foodsick ni macam homesick,tapi kalau homesick kita rindu rumah,foodsick ni kita rindu makanan.Ada paham tak apa yang teacher Arifah cakap?

Meh sini aku bagi satu example baek punya kenapa aku foodsick.Situasi,waktu breakfast.Kalau kita dekat Malaysia,kita makan ini



Kalau tak pun,makan ni


Paling lekeh pun makan ni pun jadi la


karipap yang dijual oleh makcik karipap di asrama asrama seluruh malaysia


Kau nak tahu aku makan apa pagi tadi(dan banyak lagi pagi sebelum ini)?


cheese and onion sandwich
Well,mesti kau rasa wau dia makan makanan mat saleh osem osem osem must try and make this at home so simple bla bla bla.Pada sesiapa nak cuba,word of advice aku,jangan.Aku makan sandwich ni,time dia agak sejuk tau,so kau boleh bayang tak rasa mengunyah bawang yang sebesar ibu jari dan cheese setebal tebal lemak di perut kau.Pulak tu,lepas makan,mulut kau bau...macam harem.Aku makan pun sebab tak da banyak sangat pilihan.Obviously lah aku takkan makan bacon sandwich harooom adik adik oooiii.Aku betul betul tak paham apasal lah mat saleh boleh terpikir nak buat kombinasi dua benda yang bau busuk ni.Boleh pulak depa cakap durian kita busuk padahal sandwich depa punya bau pun,ish ish ish azab.Berdasarkan pengalaman aku duduk dekat sini,their food is quite tasteless and tak sebagus makanan kita.Fish and chips yang hampa dok makan bila mood-tekak-mat-saleh-menjelma dekat medan selera tu lagi sedap berkali kali ganda kalau nak di compare dengan fish and chips yang betul betul western dekat sini.Ini pendapat aku tau.Kalau tak setuju,tak pe,kalau setuju,i suke.Hik hik.(gelak bimbo)

Ah kenapa pulak aku emo ni?Benarlah bak kata pepatah Uzbekistan,hungry woman is an angry woman.Maka aku nak akhiri post kali ini dengan pesanan,sayangilah abang mamak sekalian kerana tanpa mereka,siapa la yang nak rendam spenda dan stokin dalam kari sampai terigau igau siang malam walaupun beribu batu jauhnya.Dan juga jangan lah seronok sangat nak berdemonstrasi sana sini buat rusuhan kerana nanti bila kedamaian negara terjejas,semua orang tak boleh melepak dengan penuh girang lagi riang di kedai kedai mamak pada waktu tengah malam macam kutu rayau tengok bola terpekik terlolong.

Punya gigih edit gambar dari pakcik google demi cintaku padamu





/