Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Wajarkah Pendapatan Guru Tinggi Sebegini.Wajarkah Buat Post Bangang Sebegini.
Sunday 22 April 2012 | 11:07 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.


Dah lama tak berkongsi rasa,bertukar cerita dengan semua.Menulis ini pun kerana rasa perlu.Hidup sekarang sibuk.Sama ada sibuk melagha atau sibuk berkerja,hanya aku dan ALLAH saja yang tahu.Tadi terbaca artikel saudara tak cukup kasih sayang ini lepas diberi oleh housemate.Malas aku nak kopipes semua.Kalau nak baca,cuba tekan link yang aku bagi.Jangan asyik malas dan mengharap pendidikan percuma sahaja.


http://malaysiatopbloggers.blogspot.co.uk/2012/01/wajarkah-pendapatan-guru-tinggi.html?spref=fb


Aku tau,ini cuma artikel provokasi,oleh insan yang tak cukup nutrisi.Nutrisi dalam jiwa nya.Kering kontang kurang dengan kasih sayang.Cuma aku terpanggil untuk beromen mengomen,kerana aku rasa penulis ini perlu tahu akan dunia.Mari aku beritahu pandangan aku dari perspektif seorang bakal guru yang pernah membuat pemerhatian di sekolah sekolah Britain (area Plymouth dan Cornwall) hampir setiap semester.


Salah satu benda yang aku nak sentuh di sini adalah TA(nama manja).Dari pemerhatian aku,guru guru di sini (Britain) beruntung kerana dilengkapi TA atau nama sebenarnya Teaching Assistant.Ini skop kerja TA,

Teaching assistants are often used to take small groups of children out of a class that need extra support in an area, such as literacy or numeracy. This can also include work with children with special educational needs (SEN), which the teacher cannot always accommodate in a normal class.

They are also mostly responsible for listening to children read, and reporting back to the teacher if any issues arise. Helping teachers prepare for lessons by photocopying resources, or putting out equipment at the start of a lesson is another main role of the teaching assistant, and one which is becoming increasingly common, due to the National Workforce Agreement (dari wiki apa dia) 

Jadi mungkin boleh nampak yang kerja kerja remehan diberi kepada TA supaya cikgu boleh fokus kepada tugas hakiki.Kalau kelas membaca,murid yang agak lambat membaca,diserah pada TA.Maka duduk lah si TA bersama murid yang lambat itu di sudut kelas.Membaca berdua.Kalau di makmal sains,TA lah yang menjadi tempat bertanya.Apakah betul prosedur kami?Yang mana satu Benedict's solution? Lagi pula infrastruktur di sini amat canggih.Senang sikit kerja guru UK. Dah kenapa pulak spacing lain dari perenggan atas ni?Persetankan.Pendapat personal aku,kalau guru di Malaysia dilengkapi TA,kalau prestasi masih tak memuaskan,tak salah kalau nak busuk hati begini.Nak bawa isu ini ke Bersih 3.0.1.1 pun tak mengapa.

Tapi ada satu aspek yang mahu aku puji berdasarkan pemerhatian aku.Murid murid kita lebih bersopan.Walau seganas mana pun,kalau cikgu mampu mengambil hati,nescaya lembut budak itu.Mungkin kerana nilai masyarakat timur yang ada.Mungkin kerana suasana.Mungkin aku yang nasib tak baik dapat jumpa pelajar yang entah apa apa hahaha.Pernah aku lihat pelajar suka suki mak datok dia menonton porno di dalam blackberry kekdahnya di dalam kelas Science.Yang si guru,baru hari pertama mengajar maka tak berani berkata apa apa.Kasihan.Murid murid kita,kalau ada pemerhati terutama dari luar negara,bukan main sopan lagak gaya masing masing.Murid murid di sini,huh,harapanlahhhhh.Dilanggar,check.Dimaki,check.Bukan setakat murid,kadang kadang guru pun sama naik kurang ajarnya.Semua harus maklum akan kondisi tandas orang putih yang kering sebab mereka kencing berak lap guna tisu sahaja.Dalam satu kejadian,rakan rakan ambil wudhu di sinki.Air melimpah di sinki.Aku dan rakan yang tak pernah masuk tandas dipanggil kasar lalu dibawa ke almari cleaner dan disuruh mengelap sinki.Jahat.Aku rasa guru kita di pedalaman wajar diberi lebih.Senior senior seperjuangan yang ditugaskan ke dalam selalu bercerita di Facebook tentang payahnya hidup.Hari ni disengat tebuan.Esok kala jengking.Silap haribulan,mati pun tiada siapa yang sedar.

Aku rasa,aku sudah merepek dan tersasar jauh ni.Encik penulis,sekali imbas blog awak pun,saya dah boleh mengagak.Blog encik penulis sama macam blog saya,hanya blog picisan yang membuang masa.Saya maafkan encik,mungkin encik mahu trafik lebih.Dan padan muka encik apabila dibombard oleh para guru di komen bahagian bawah.Jangan lupa,Malaysia ada ramai guru.Lebih daripada suku umat yang membeli belah di pasar raya Tesco adalah guru (fakta buat sendiri).Sudahlah encik,jangan busuk hati.Semua kerja sama sahaja payahnya.Aku tahu (guna 'saya' masa cakap dengan encik,guna 'aku' masa cakap dengan korang semua.aku bukan main sopan lagi ni,kalau encik penulis tak berminat juga,tak tahu la) tak guna pun kalau nak dibandingkan education di sini dan di UK sebab itu dua negara berbeza.Tapi, macam encik itu juga,tak salah kan kalau aku berkongsi pengalaman dan pendapat? Baik kau berterima kasih encik penulis.Aku sudah tolong naikkan trafic kau.Lepas ni jangan kurang kasih sayang dan hentam guru lagi ya?







P/S: rasa janggal serious begini.nanti nanti la ya aku yang tak senonoh tu muncul?haha.





/