Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Si Luncai dengan babu babu nya.
Sunday 27 May 2012 | 17:27 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku abai blog ni.Sibuk sikit wuwuwu.Adat lah duduk luar, tiap tiap tahun mesti ada event nak show off Malaysia.Kami punya event,nama MFest (singkatan Malaysia Festival).Sendiri buat,sendiri anjur,semua sendiri la pendek katanya.Disebabkan tahun lepas senior yang in charge semua benda, this year,kami junior comel ini pulak yang ambil alih.Kalau last year aku under anyaman tikar (ajar mat saleh macam mana nak anyam,ala macam yang kelas seni darjah satu anyam dekat kertas tu),this year aku jadi ketua puppet show.Aku ingatkan puppet show ni senang nak dibuat.Ala,setakat angkat patung,buat suara bagai.Namun,tanggapan aku salah sama sekali.

Halangan pertama:Buat props.
Memandangkan aku dapat puppet stage dari Chaplaincy Uni,maka aku tak payah bersusah payah buat stage dan cari anak patung.Tapi,patung Chaplaincy ada sekoq unta,sorang patung gegirl,dua patung laki laki.So,aku kena pikir cerita sesuai yang hanya ada maksimum dua hero.Kau bayangkan,patung tu patung wanita berkulit hitam.Mana ada cerita klasik melayu yang ada nigger?Last last,cerita yang dipilih,Si Luncai.Ok,setel satu part.Stage dah ada,patung dah ada,cerita pun dah ada.Tapi,setelah di assemble kan stage itu,rasa kosong sangat.Tak ada feel Malaysia langsung.patung pun semua westernized.Aku bogel kan baju patung patung tu,alter bagi nampak Malaysian sikit.Ada la rupa Melayu+Caucasian macam Zain Saidin sikit.Aku tak pandai melukis,so aku mintak tolong kawan aku yang genius melukis suruh tolong lukiskan props.And aku warna.Itu pun labu aku warnakan dengan colour koko gelap sampai orang ingat itu taik.LOL.Dah habis lukis dan warna,aku kena lekat pulak dekat stage supaya nampak meriah sikit.Ini la part susahnya.Aku guna double sided tape,tak lekat.Pakai stapler,tak lekat.Last last,senior senior yang baik hati tolong jahitkan dekat kain stage tu.Itu kan barang Chaplaincy,so tak tau la boleh ke tidak jahit.Aku main bantai ja.And untuk sampan yang aku buat tu,aku gunting,and lekatkan atas dua batang kayu yang aku jumpa dalam stor rumah aku.Begini rupanya.

Besar nak mampus lukisan,nasib baik terfikir nak guna kayu buat penahan

Ada dua lovely senior (bodek to the max hahaha) yang sudi join aku jadi puppeteers. Tak ada la merana sensorang.Sharing is caring,ya tak?

Kiri tu kak wani,tengah tu le me,kanan tu kak adah

Practice punya practice,alter punya alter props,tiba la hari yang dinanti.Tapi tunggu,halangan dok ada lagi.

Halangan kedua:sakit gigi pulak dah.
Time time ni la gigi geraham aku nak melihat dunia.Aku punya sakit gigi sampai nak makan pun tak lalu.Ini menyebabkan dua tahun berturut turut aku terlepas beli sate.Aku memang dok target lama dah nak beli sate ni.Siap chop dekat Sales Division awal awal lagi.Tak apa la,bukan rezeki.Dah dengar cerita aku kempunan ni,kalau terjumpa aku tepi jalan,sila belanja aku sate.Depan Public Bank Sungai Petani punya.Perh,heavennn.Walau aku sakit gigi,tapi mulut cakap tetap tak berenti.Terima kasih pada minyak cap kapak kawan aku (tried and true method,sakit gigi?bubuh minyak cap kapak di gusi), aku masih mampu ber hu ha hu ha pada hari itu.

Muka mau taiko,baru nampak berkaliber sikit hahahaha.Gigit lidi sate untuk menambah effect gangsta.

Halangan ketiga:reaksi penonton.
Ini yang buat ketaq sangat ni.Ada ke orang nak datang tengok?Orang stay sampai habis puppet show ke?Orang bosan lalu blah ke?Man,seriously.Gemuruh jiwa,semangat membaraaaa~~ eh terFaizal Tahir pulak.Kami sepatutnya perform dua kali.And yes, we did perform two times,but on a slightly different time than scheduled.First audience,budak budak kindergarten.

Cilok dari senior,hihi

Ada budak nangis wehhh sebab takut tengok puppet tu.Wuu wuu.Aku ingatkan semua kanak kanak belum baligh suka patung patung begini.Wuu wuu aku pulak yang nak nangis dengar budak tu nangis.Diorang senyap je.Entah paham ke tidak.Ada yang main main dengan anak patung yang bertaburan atas kain langsir yang kami hampar tu.Tak tahan tau siap cari bear bear dengan kain langsir supaya audience selesa.Thanks senior.

Muka menahan nafsu lenguh

Fokus dekat muka ternganga tu.Bukan muka patung.muka manusia tu.Sesungguhnya puppet show menuntut otot lengan yang maha kuat.Bila tak kuat,begini la jadinya.Ternganga tahan lenguh.

Lepas show,kami ada sesi beramas mesra beramah mesra dengan penonton.Bila kami keluar,muka kanak kanak tu masing masing macam confused.Eh pehal akak akak tu keluar pulak?Tadi aku nampak patung,sekarang keluar orang pulak.Pandai je kau monolog bagi pihak kanak kanak Arifah ooii.

Second audience,budak sekolah rendah Treviglas.Ramai yang datang.Kami pun seronok la nak bercerita.Sekali bila aku jenguk muka tengok dekat luar masa tengah perform tu,kosong je depan kami.Budak budak semua pergi main.Kami bercakap sorang sorang.Tinggal kawan kawan kami je tengok.Muka masing masing kesian dekat kami yang kena cakap sorang sorang.Aku tak tau nak nangis ke nak gelak.Ingat nak stop,tapi senior suruh proceed.Proceed je la.Session last lagipun.Bila dah habis perform,baru datang dua orang budak main main dekat booth kami.Booth kami kan banyak bear.Diorang suruh perform.tapi by that time,aku dah terlampau terluka,membawa diri pergi main zero point dengan kawan kawan.Tiada siaran ulangan (baca dalam nada diva) bagimu.Haha.Actually bukan salah diorang pun,tapi aku dah malas sangat dah time tu.Siap hasut senior suruh jangan perform.Bagus betul ketua ni hahaha.


Apapun,ini MFest last dekat Uni ni.Sebab kami batch last,tak ada junior.Tahun depan kami busy buat dissertation (konon) so tak ada masa nak buat benda lagha ni semua.Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tak langsung.Dari yang tolong buat air teh untuk kami, tolong sokong, tolong cari bear, sampai la yang tolong main patung sekali.Even yang tolong tengok pun aku rasa berterima kasih sangat sangat.Serious ni tau.Bagi yang tak sempat nak join MFest kami,nah aku bagi a few pictures extra supaya ampa boleh get a rough view macam mana la rupa bentuk MFest kami ni.(ala ala sendu sikit la bagi aku hehehe jangan bunuh aku budak MARJON)

Ini kawan kawan saya dan lecturer yang saya suka berangan dalam kelas dia.

Antara booth yang ada

Ini booth lukis inai.Itu Yah dengan ketua jabatan kami,Katy.

Anak anak tak berdosa melukis

Ini antara game yang ada.Aku pun main juga.Kain bukan penghalang untuk mengangkang dan berlari.

Wajib la ada tarian kebudayaan,nama pun Malaysian Festival.

Till then,tata~