Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Spanish Saturday (ala ala Wordless Wednesday giteew)
Friday 7 October 2011 | 17:06 | 0 hearts♥
Assalamualaikum semua.

Wah,sorry sangat lama tak hapdate blog.Aku cuti musim panas selama 3 bulan.Bila dah nama cuti,wajib lah meninggalkan segala benda duniawi macam blog ini.Lagipun aku memang jenis jarang uodate blog pun.Hahaha.Dan untuk cuti kali ini,tiada tempat yang lebih bagus untuk aku habiskan cuti musim panas aku melainkan di Malaysia.Dah nama pun cuti musim panas,takkan la nak habiskan dekat UK yang sejuk tu?Jangan mudah terpedaya dengan nama musim panas,di UK,kalau suhu 20 darjah celcius pun,jarang gila nak jadi,'setahun hanya sekali' bak kata lagu raya dendangan Saloma.And kalau benda tu terjadi,confirm confirm mat saleh bersidai macam sotong kering depan kawasan rumah kami.Kalau yang bersidai tu badan macam Beyonce ka,Fahrin Ahmad ka,tak apalah juga.Ini jenis badan sorang sorang macam peserta rancangan The Biggest Loser sebelum transformasi.Nenek aku lagi lawa kalau pakai bikini.Haih "-_-

Anyway,aku ingat nak post gambar gambar ini yang diambil ketika aku pergi Spain beberapa bulan yang lalu masa hari Rabu,boleh lah buat tajuk wordless wednesday macam yang orang lain selalu buat.Tapi disebabkan hari Rabu aku busy sangat,maka nya aku post kan gambar gambar ini di hari Sabtu.Untuk maklumat lanjut,sila google sendiri nama nama tempat ini,sebab dah nama pun post ala ala wordless wednesday,harus lah aku post gambar tanpa perlu cakap banyak,kan?Ini pun dah terbabas cakap banyak banyak dah neh.enjoy~


















All these are taken using my second hand panasonic camera.So kalau tak berapa nak cun,harap maklum maaf dipinta la ya?Nak jimat duit bhai.Dan juga mungkin ada sesapa nak menyumbang dslr kepada aku?*Ehem ehem*It will be my perfect companion during travel.

Labels:





/