Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Heroes
Monday, 21 March 2011 | 11:49 | 3 hearts♥
Assalamualaikum

Hai semua.Baru baru neh kita semua dikejutkan dengan gempa bumi and tsunami dekat Jepun.And tambah mengejutkan,sikap sesetengah pihak seperti ini.Cakap pakai kepala lutut,begitu lah jadiknya.Memang la diorang dah mintak maaf,tapi,aku rasa macam kesilapan sebegini seharus dan sewajibnya tidak berlaku.Dah berapa hari ek sejak insiden menggegarkan(figuratively and literally speaking) tu berlaku?Aku selalu baca news pasal Jepun,sampai sekarang,masih baca.And while I was closing an advertisement at Yahoo! (biasa la,kenkadang kan ada iklan bunga ntah dari mana hala keluar berbunga dekat desktop,kereta berdesup lalu,tuh semua iklan la tuh),I stumbled upon this article.Coz I think that this article is super awesome,I wanna share with u all.

Q&A: Who are the 'Fukushima 50'?

 A week after the 9.0 magnitude earthquake struck Japan, radiation spewing from damaged reactors at the Fukushima Daiichi nuclear plant has raised the country's nuclear crisis level to 'serious'.But a group of men and women is voluntarily working round-the-clock to resolve the crisis, striving to save the world’s third biggest economy from a nuclear meltdown.

Ok,sekarang part yang buat aku terus terlekat baca article tuh sampai habis.

Their beloved family members have even been told not to expect them home as Japan’s safety is the top of their priorities right now......

Yang selebihnya kau boleh baca di sini. Lemak la kan semua benda aku nak kasik.Aku nak menggalakkan sikap membaca antara korang semua.Dari asyik bukak blog gosip baca pasal minah pakai baju seksi sampai nampak silicon bra,baik kau baca pasal rakyat yang tak bernasib baik tuh.Oh,btw,minah tuh pun tak bernasib baik jugak.Dia tak sangka akan jadik begitu.Sebab boobs dia kecik sangat kot,tuh yang dia tak expect boleh terkeluar dat nite.Ergh.

front view

rear view (kau ingat ini kereta kah,che pah)

Oh,jangan lari topik.Sucikan minda,tenangkan jiwa,mari kita sambung kisah Fukushima 50.Ok,sekarang aku nak tanya,kalau aku tak bagitahu,korang tahu tak pasal mereka neh?Ha,rata rata akan menjawab,"amboi,kerek nya minah neh,apa kau pikir aku cetek ilmu sangat ke?".Eh,tak.Cuba jangan pikir bukan bukan.Aku sharing ilmu neh.Ok,aku pulak yang pikir bukan bukan.Mana readers aku nak jawab macam tuh,mereka kan semua baik baik belaka.Lagipun,blog aku tak famous pun sampai ke tahap nak ada haters.So,jawapan yang aku expect dari korang semua,"tidak,puan".Hoho.

Ha,mereka ini lah yang dipanggil,'unsung heroes'.Buat baik,tapi tak famous pun.And mereka tidak mengharapkan balasan.Ikhlas buat kebaikan.Bukan macam sesetengah dari kita,bila nampak mamat hensem datang rumah time kenduri baru tergedik gedik nak tolong basuh pinggan,bila nak pilihan raya kampus baru sibuk sibuk nak belanja kengkawan makan,bila nak duit dari mak bapak baru keluar suara ala Siti Nurhaliza.Macam neh,"maaaaaaaaaaaak,kite nak 50 hengget boleh taaaakkkkk~~~".Biasalah,manusia.Haha.

Ok,sekarang,take a closer look at the people around you.Ada tak unsung heroes?Ala,tak payah pandang jejauh,cuba tengok mak kau.Ada dia pernah cakap,"sebab mak selalu basuh taik kamu,mak nak losyen yang paling mahal dekat dunia neh.busuk tau tak taik kamu?dah la busuk,menghakis pulak tuh taik kamu.habis tangan mak,dah tak lembut macam zaman memuda dulu"?Tak kan.Mak bapak kau lah contoh unsung heroes terbaik yang aku boleh kasik.

 Sambung usya sekeliling lagik.Ada tak kengkawan kamu yang bagi pinjam pembaris tanpa mintak kamu belanja dia ais krim asam boi lepas waktu sekolah masa primary school dulu?Kalau ya,dia adalah salah seorang unsung heroes.Nak masuk kategori unsung heroes neh,tak perlu buat kebaikan yang dahsyat dahsyat macam menderma sejuta ringgit setiap bulan,buat pizza regular size untuk semua kanak kanak kelaparan di Afrika.Unless kau memang mampu,buat la,itu memang la digalakkan.Cukup dengan tolong mak sidai baju tanpa ada niat terselindung nak mintak kuar malam,tolong kengkawan buat matematik tanpa mintak dia buat homework english kau,tolong senyum dekat mak cik jual keropok lekor tanpa mintak diskaun dan macam macam lagik.

Soalnya,nak tak kau jadik unsung hero/heroin?

 
P/S:Memula aku ingat nak bubuh lagu I can be your hero bebeh yang Enraket Igelas nyanyi tuh,tapi sebab macam ada unsur unsur sensual,aku bubuh lagu neh.Feeling sket ya tak?Haha.

Labels:





/