Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Gendang gendut tali kecapi,kenyang perut kentut bertubi tubi.
Saturday, 12 March 2011 | 14:29 | 2 hearts♥
Assalamulaikum.

Kau tahu,hidup neh banyak mematangkan diri.Tak kisah lah diri kau atau aku,semua orang akan matang.Cuma masa nak matang itu lain lain.Mungkin aku matang esok,engkau matang lusa.Ah,apa kena mengena matang dengan makanan?Off topik.Aku cakap aku dah matang,sebab aku dah pandai ukur air masa nak masak nasi.Jangan dipandang enteng kemahiran ini.Masa depan nasi di tangan engkau.Bayangkan kalau lauk pauk bukan main enak lagi bersusun atas meja,sekali tengok,nasi sudah menjadi bubur.Itu potong stim namanya.Boleh dibuat bahan mengumpat,"kau tahu,che pah(bukan nama sebenar),nak masak nasi pon tak lepas.gelap masa depan laki dia nanti.ish ish ish".

Selama neh,duduk di rumah,mak masak segalanya.Aku belajar masak pon,lepas SPM.Setakat goreng sayur,alah apa lah sangat.Tak setanding Chef Wan lagi.Kalau kari ayam terlebih garam pon buat dono saja,ala,adik beradik sendiri jah pon nak makan.Lain la kalau bakal mak mentua nak menjamu selera air tangan aku.Itu baru darurat.Huh.Mentaliti kelas pertama dari belakang.

Bila duduk sini,wah,kiasu jadi nya,hampir kesemua spesis yang bergelar wanita disini pandai memasak.Lelaki pun sama naik terer melahap memasak.Malu ai.Udah la dekat sini selalu buat gathering yang kena bawak pot luck.Dah tak macam dulu,pergi majlis bawak anak dalam perut saja,sekarang mesti kena masak untuk santapan semua.Time neh la nak showcase dekat semua,siapa jaguh,dan siapa boleh dibuat calon bini.Ada yang pandai buat kek,emph,sedap tak terkata.Sumpah aku tak pandang dah kek 'resipi rahsia' anwat hadi bak kata matluthfi90.Kek sedap yang percuma,dan kek sedap yang kena bayar.Mana kau pilih?Tepuk perut,tanya cacing dalam usus.

Mujurlah diri ini rabun IT(celik,tapi tak la celik sampai boleh masuk kategori celik IT).Maka,teknologi jangan dipersia.Pantang dengar ada laman web resipi best,terus bukak.Walaupun terpaksa menahan amarah di dada tatkala ada orang tua buat tutorial masak lemon chicken di youtube berkata,"Today's recipe involve some chicken and lemon.And its called...LEMON CHICKEN!".

ayam panggang.kali pertama aku tau cemana nak guna rosemary segala bagai tuh.selama neh dok tengok chef kamarul guna dekat ntv 7 jah.
tengah tidur bergolek golek,tetiba housemate kejut suruh makan mee kari.macam nak jerit I LOVE YOU kuat kuat jah dekat housemates.tapi,takut dikata lesbian,maka diam saja.hehe

ini la kung pau chicken dalam game cooking academy tuh.yang aku fail nak buat sampai kena repeat game 3 kali.asal nak goreng kepak ayam jah,hangit.aiyoh.

taraa!ini oreo cheese cake kawan aku buat.berkali kali dia cuba explain kaedah water bath untuk kasi kek tuh merah macam tuh,but being a dummy,aku tak pernah paham.dan memutuskan untuk kekal sebagai pemakan sahaja.dan bukan pemasak.

last but not least,the sacred karipap.kau cuba pandang dengan mata hati dekat karipap neh,and u will notice that karipap neh ada mata,hidung,dan mulut.neh karipap last aku makan,sebab fotogenik sangat.
masala vadai.terdapat perdebatan sama ada benda alah neh namanya masala vadai sahaja atau wujudnya nama manja seperti mak gelek.tiada penyelesaian setakat ini sebab semua pendebat akan berdamai setelah makan kuih ini bersama sama.

Gambar gambar adalah courtesy of kawan kawan punya FB.Hehe.Kalau para pembaca (ecewaaaaaaaaaah) ada resipi resipi menarik untuk dikongsi,atau tahu mana mana laman web yang best lagik mudah untuk dijadikan inspirasi,jangan segan segan untuk kongsi di ruangan komen (dah macam tv show dah).Semoga balik nanti boleh show off dekat mak yang anak dia dah expert masak.Bila expert masak,tiada lagi kata kata,"kakak kena masak hari neh,kalau tak masak sekarang,sampai bila bila tak tau masak".Yeay,dah pandai masak,jadi tiada alasan lagi untuk turun ke dapur.Haha.Bye.

Labels:





/