Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Dont judge a book by its cover.Dont judge google translator by its sentences.
Saturday, 5 March 2011 | 07:09 | 1 hearts♥
Assalamualaikum.

Hai semua.Lama rasanya dah tak update.Bila jenguk kembali blog neh,dah 105 followers.Wah,terima kasih semua.Tak sangka ai.Haha.Memang la nampak sikit,tapi bagi seorang blogger yang hanya blog suka suka,sebulan sekali update pulak tuh,memang neh angka yang best la.Op kos ai terharu.

Ok,jom kita kembali kepada topik kita.Aku neh kan,suka lari topik.Hahaha.Rasanya,rata rata pembaca blog neh tau yang aku neh model sepenuh masa pelajar TESL.Wajib la kan kalau jadik pelajar TESL,tolong kawan buat assignment yang ada kena buat ayat BI neh,kerja sekolah semua.Sebelum kau buat apa apa conclusion,aku nak bagitau yang aku memang ikhlas tolong.Tapi,kalau nak belanja makan nasi kandaq sepinggan sebagai imbuhan pon apa salahnya.Rezeki jangan ditolak,kedai mamak harus dicari bala jangan dicari.Nak dijadikan cerita,hari tuh aku tolong kawan aku buat karangan,and ada la satu sentence tuh,aku tak tau nak translate pergi bahasa melayu.Aku tau yang bahasa inggeris saja (jangan baca dengan nada berlagak,aku cakap benar).Well,kalau aku pandai sangat BI,dah lama aku jadik professor terus,tak main la belajar jauh jauh semata mata nak melancong pada musim cuti menuntut ilmu,ya tak?

Nak dijadikan cerita,dia kata,"tak apa la,nanti aku tengok google translator".Aku pesan dekat dia siap siap yang google translator tuh tak boleh percaya sangat.Dia cakap,"Ok jer".So,that's why aku buat post neh,nak membuktikan dekat readers semua yang kadang kala goggle translator neh tak boleh pakai.Terimalah,

Dr.Arifah's research: Does google translator makes sense?

Untuk kajian kali neh,biaq la aku guna bahasa melayu and translate pergi bahasa inggeris.Sebab korang semua mesti paham bahasa tuh kan?Lagipon,tak kan la aku nak guna bahasa azerbajian segala pulak.Aku sendiri tak paham.Google translator neh,kena pakai bahasa baku.Bahasa key el tuh,yang ada 'er' dekat hujung tuh.Contoh,giler.Ok,aku perli.Guna bahasa baku yang ada dalam buku teks BM time sekolah tuh dulu la.Kalau pakai bahasa kedah,macam neh jadiknya.
Click if u want to see what i mean.

Wajib la kot pakai bahasa baku,dah terang terang tak ada option nak convert bahasa kedah pergi english,yang bebal sangat nak buat jugak jugak tuh kenapa?Kan dah dapat ouch hotak hang google translator.Bahasa kedah kan menebal di dalam sanubari aku,so agak pelik la sikit bahasa baku aku kalau nak buat bersembang.But still,i managed to come with one example to illustrate the bengong-ness of this thing.
giler vavi.
Woh,misleading siot ayat tuh.Tetiba jah suami sendiri menjadi hak milik wanita lain hanya dengan menukar bahasa.Tak cukup dengan itu,kita pulak digambarkan konon konon perampas suami orang.Padahal laki sendirik jah pon.Masa mula mula aku taip,aku tulis,sungguh seronok makan bersama suami.Dia tulis,nice to eat with her husband.Untuk membetulkan fakta yang aku tak merampas suami orang(konon konon aku dah kahwin la),aku taip pulak,sungguh seronok makan bersama suami sendiri.Despite that,google translator neh insists yang aku neh seorang wanita scandalous dengan mengeluarkan statement dalam gambar di atas.Cis.

Lepas cubaan menggunakan bahasa yang ala ala casual menimbulkan hasil yang menggeletek pundi perut,aku cuba pulak dengan ayat ilimiah.Erm,sebenarnya aku copy paste sahaja.Mana la mampu aku nak keluarkan ayat bombastik macam ini. -___-"
Saya copy paste dari sini
Kau tengok,kau tengok.WTFish ayat a real causal effect arises from a string?Cuba kalau aku buat ayat macam neh time kelas,sure lecturer aku terajang bergolek dari kelas.Oh,itu drama sahaja.Lecturer mat saleh baik gila dowh.Kau tak buat homework pon dia tak marah.

Kesimpulannya,
punya pemalas,conclusion pon tulis dalam google translator.

Sorry la ya tampal banyak banyak gambar yang memerlukan tumbesaran kali neh.Dari aku tampal gambar gambar gedabak vain diri sendiri yang bakal mengundang kata nista dan nestapa,baik aku tampal gambar neh semua.Sharing ilmu.Hehe.Selamat belajar.Hope you learn something new from this entry.If dah memang tahu,anggap jah benda neh experiment dari aku.Babai.

Labels:





/