Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Dilema seorang anak dara
Friday 11 February 2011 | 10:16 | 2 hearts♥
Assalamualaikum.

Hai semua.Bagi peminat setia blog neh (ada ka?kau bajet kau FL?) mesti sedar yang aku dah kasi make ober kat blog neh.Wajibulgunnah untuk blog para wanita untuk tempek muka seketul besar besar dekat header.So,aku pon tanpa berlengah buat sebegitu utuk tunjukkan feminity aku.Haha.

Ok,sebelum aku melalut dengan lebih lebar,mari kita kembali kepada topik pada kali ini.Memang relevan dengan kehidupan student student sekarang.Sedangkan hang duduk UITM Shah Alam pon duduk kalut nak balik eberi weekend,inikan pulak aku nun di perantauan.Ayat nak kerek saja.Haha.Selalu kot aku nampak sahabat handai apdet status macam ni:
Alamak,tiket balik kampung dah habis ler.Macam mana ni?Minggu lepas ade je tiket.Pakcik tu fedap kot dgn aku.
Tak kurang jugak status macam neh:
Fuh,penatnya naik bas 9 jam.Mau jet lag aku dibuatnya.
Ha,buat yang suka feeling obersea habis tuh,meh sini aku nak bagitau.Setakat naik bas dari Johor pergi Kedah tuh,tak dak maknanya nak jet lag.Paling cikai nak jet lag pon,6 jam di udara.Lepas tuh,transit Dubai dekat 7 jam,sambung lagi 7 jam dalam flight sampai layak jadik model Ammeltz Yoko Yoko.Sekarang,ada mau ka itu jet lag?Nehi.

Bila adik adik mula buat muka seposen laksana gadis gadis yang suka kembung pipi time tangkap gambar suruh kakaknya balik,cair hati neh.Ditambah lagi dengan rayuan gombal ibunda dengan kata kata romantis suruh balik cuti summer,maka langkah drastik perlu diambil.Buang dilema,harus balik.

Nak balik pulak bukan senang,kena cari tiket flight yang sewaktu dengannya.Yang kena dengan bajet ciput seorang pelajar.Jangan kau harap nak balik naik MAS.Mahal bebenor.Sungguh tak membantu sesama malaysian.Kalau rasa nak support jugak negara sendiri,silakan ikat perut lepas beli tiket.Kapal terbang pak arab macam Emirates,Etihad,Saudi Airlines lagi murah.Tapi itu la,bila murah,diorang sedap sedap jah main mainkan perasaan aku.Nak tau macam mana?Kau tengok neh.
Lihat dengan teliti.No seat rite?

Sebenarnya,kalau anda seorang yang alert,seat memang ada,murah pulak tuh.Cuma itu lah,strategi pemasaran kot.Sekejap sekejap ada seat murah,sekejap sekejap ada seat tapi tak murah,sekejap sekejap tak ada seat langsung.Kalau anda rasa tak tahan didera hati sebegini rupa,aku syorkan book tiket dekat Airasia.Murah sedikit (600 pound lebih time aku tls neh).Disebabkan aku cheapskate,maka aku pilih cara yang torturing sedikit.

Dengan bantuan rakan rakan,maka akhirnya berjaya jugak aku book tiket.Murah.tak sia sia aku buat drama sebabak scene Fauziah Nawi-sedih-kena-tinggal-anak bila dapat tau yang no seat.Dua jam kemudian,terpacul seat yang lantas disambar aku dengan rakusnya.

Lepas bersengkang mata sehari suntuk depan komputer,adalah afdal kalau sujud syukur lepas dah book tiket.



Sehubungan itu,aku nak mewar war kan di sini,aku balik cuti summer neh!!Kawan kawan yang membaca blog ini (dan juga kekasih hati),walaupun aku cakap murah saja tiket ini,tapi kalau kau convert jadik duit malaysia,mahai woh.1 pound=dekat 5 hengget.Boleh beli gelang tungsten 15 bijik.Lagipon aku terpaksa transit Jeddah 7 jam semata mata untuk stop borong kurma balik jumpak ampa semua.Jadi,atas alasan alasan sebab sebab ini,hargai la pengorbanan aku ini dengan belanja aku nasi kandar,yong tau foo,dan bermacam aneka makanan dengan hati yang tulus lagi ikhlas.And kepada sanak sedara yang baca,jangan bagitau dekat mak yang kita (nama glamer di rumah) balik summer neh.Nanti kita bagitau sendiri sempena hari jadi beliau lusa.Apa yang paling penting buat ibu bapa?Anak anak.So,dengan pulangnya anak beliau,maka diharapkan kita tak payah bagi hadiah.Kan dah cakap,anak lagi penting dari segalanya.

Babai.

Labels:





/