Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Saya sepi,bang
Friday, 17 December 2010 | 03:56 | 0 hearts♥
Assalamualaikum.

Pernah tak tengok drama bersiri berjudul 'Datin Diaries'?Secara am nya,diorang ada semua benda yang kita nak,status,wang,masa,kecantikan,dan sebagainya.Tapi,kenapa hidup diorang masih porak peranda?Siap pasang son of fish a.k.a anak ikan segala bagai lagik?Jawapannya senang:"Saya sepi,bang".Pulak dah.Aku tak sepi,yeah,probably because aku bukan mak datin,tak hingin pon kawen dengan datuk,and datuk pon lagik tak higin kawen dengan aku.Haha.Cuma nak buat 'Student Diaries' pulak,hahaha.

Kata Azean kepada aku.Repeat,kepada aku.Tapi,apa kena mengena gambar neh dengan entry?
Ha,ini baru betul betul punya.

Time nak ambik SPM dulu,selalu berkumpul ramai ramai dengan rakan sebaya bergosip study group subjek subjek payah gila vavi.Bukan nak bagi soalan bocor atau nak explain pasal pattern soalan dari tahun aku ambik SPM sampai ke masa kini,bukan.Cuma nak cerita angan angan kami semua.Time time duduk bakar-minyak-di tengah-malam (burn the midnight oil) tuh la selalu keluar kata kata sebegini:

Che Pah:Ish,jaga,nanti dah habis exam,aku nak joli sakan.Nak tengok cerita korea sampai tak mau tidur,biar  mata jadik racoon pon tak apa,at least tak payah susah susah make up smokey eyes,haha.

Yang lagik indah,time time nak gigih membanting tulang belajar tuh la segala macham cerita best lagik bersiri keluar.Cita korea la,hapa la.Bersiri pulak semua tuh.Jadik,nak tak nak,kena aplikasi skill 'bahagikan masa dengan bijak' yang kaunselor sekolah ajar dulu.Which,turned up to be yang most of time spent dekat entertainment.Banyak sungguh godaan,kan?

Time tak dak duit a.k.a pokai pulak,selalu mengidam nak beli benda.Benda mahal pulak tuh.DSLR la,wii la,time miskin tuh,spenda tertera gambar Mickey Mouse pon nampak indah di mata dan tiba tiba rasa nak beli.Haih,donia.Punya gigih duduk mengadap ebay seharian,membeli belah-melalui-tingkap akan barang idaman hati.Last last,beli perfume sebijik,tak beli pon barang idaman,sebab fulus tiada.Tak pa la,asal beli juga.Puas.Haha.Mula la memberontak dekat facebook,post status: 'Bosan la weh,rasa macam nak mati duduk dalam rumah'.Padahal,time duduk jauh jauh,baru terhegeh hegeh nak home sick.Cis bedebah kau.

Sekarang,aku dah free,cuti dah start,duit elaun pon sudah masuk.Tapi,aku tak tau nak buat apa dengan hidup aku sekarang.Ya,memang nak beli DSLR,tapi,sebab konpius mana satu yang nak beli,last last,give up sementara.Hahaha.End up duduk taip entry neh sebab tak tau nak buat apa,dan beli apa.Aneh sungguh hidup neh.Hahaha.

Bila jiwa kacau,mata pon berputar mengikut paksi nya.




/