Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





My name is Arif, and I'm not a pengkid
Monday, 6 December 2010 | 08:20 | 4 hearts♥
Semua orang mengalami satu fasa dalam hidup di mana hidup mereka selalu ada konflik. Selalunya, time time remaja la. Time tuh la konon nya baru tersedar yang bawak beg tarik yang ada roda jenama Swan itu satu benda yang tak kewl langsung. Tapi, nak buat macam mana,mak bapak dah terlajak beli beg macam tuh. Tak kan senang senang hati nak suruh mak beli beg baru gambar Zac Efron and the HSM gang supaya nampak 'in'. Itu mencari maut namanya. Kalau nak bernanah telinga, silakan bagi usul suruh beli beg sekolah baru. Selagi tak koyak rabak tahap baju Cinderella, jangan kau harap nak dapat beg baru.

Itu konflik budak baru nak masuk sekolah menengah. Kalau nak dihitung hitung, ada bermacam macam jenis konflik kat muka bumi neh. Konflik yang aku nak cakap ari neh, konflik jantina. Kadang kadang, aku teringin nak jadik laki. Kenapa? Sebab perempuan kena lemah lembut. Aku kasar. Kalau perempuan, bila berisi sikit, mula la ada suara suara nakal lagi sumbang menegur, "Eh,kenapa kau makin berisi?Cuba try minum Jus Mate 5, mana tau berkesan". Tapi,kalau kau laki, responnya begini,"Ala,biasa la laki. Lepas kawen,normal la perut pon naik".Haih,sungguh tak adil.Tapi nasib baik iman di dada kuat lagi. So, bagaimana nak menunaikan impian aku tuh,tanpa melanggar tabii? Ini dia aku persembahkan, YEARBOOK!


aku mampu berlakon cita 'Sungai Petani Chain Saw Massacre'

aku mampu pergi malam pesta muda mudi dan ayat awek

aku mampu belajar sains diiringi mamat gojes

sekarang,aku boleh ternak muscle sekental yang mungkin

dan yeah,aku boleh jadik rock star!!

Lepas aku usya muka aku jadik jantan, aku rasa, baik aku jadik pompuan. Macam dah rupa bapuk lorong Haji Taib dah muka aku. Terima kasoh Yearbook sebab dah bawak aku balik ke pangkal jalan.Tak pa, kasar pon tak pa. Kita ada Scha Al Yahya sebagai role model. Siap menang Hot Chick Award kat Shout Awards ari tuh beb.Itu menunjukkan perempuan kasar pon dipandang mulia. Gemuk pon tak pa. Tengok Beyonce, punggung besar, tapi kaya.At least, kalau jadik perempuan, aku tak kan dipandang hina kalau pegi shopping sampai penuh beg plastik di tangan.  Aku boleh simpan rambut panjang. Aku boleh pakai skirt dan kain telekung.Last but not least,aku boleh pakai baju kaler pink.Hahaha! I suke u!

Labels:





/