Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Makanan ruji orang bujang
Monday, 13 December 2010 | 11:55 | 4 hearts♥
Assalamualaikum.

Pernah tak perut berbunyi,lepas tuh,rasa nak menangis?Bukan sebab lepar,tapi sebab tiba tiba ada bisikan halus "Alangkah best kalau duduk dekat rumah sekarang neh,boleh makan sedap sedap,mesti tak kelaparan macam neh".Sindrom neh selalu la berlaku dekat budak budak yang duduk asrama.Dulu time duduk asrama,mengada,time makan malam,makan sikit saja,sebab lauk tak sedap.Lepas tuh,time prep,mula perut main lagu sua sue kemuning.Solution terpantas,terbaik nak menenangkan perut anak muda ini?Maggi.

Aku rasa,most of Malaysians tau apa itu Maggi.Walaupun ada brand lain macam Mi Rusli Ruski la,Indo Mie la,Betul betul Ho Liao la,kita tetap panggil Maggi.Walaupun Maggi tuh cuma satu brand.Dari kecik sampai ke besar,tetap dok hadap Maggi.Even mai jauh jauh sampai UK pon,almari masih lagik penoh dengan stok Maggi.Gigih carik kedai jual makanan Asian semata mata nak target mana kedai paling murah untuk beli Maggi.Haih,once a Malaysian,always a Malaysian.Bak kata bahasa kedah,"Hang tauk pi la cerok mana pon,dok hidup lagu tuh la jugak".Hahaha.
Fuiyoh,comel gilos.Lantas teringat daku pada anak gadis yang pakai shawl ada reben di kepala.



Time time tengah makan Maggi neh la tiba tiba teringat kat mak.Sayu wa cakap lu.Selama neh asyik dok ingat pelajaran nak shopping saja.Lantas talipon mak untuk berbasa basi,tanya dia masak apa hari neh.See?Maggi merapatkan ukhwah.Durjana punya anak,time lapar baru ingat dekat mak.

Kenapa aku cakap Maggi makanan orang bujang?Ya la,orang yang dah kawin,mana makan Maggi.Kalau pompuan tak reti masak dekat suami pon,dia tak kan masak Maggi untuk suami dia sampai tiap tiap hari.Nak mampus kau,nak kena cerai free dengan suami?Isteri isteri yang berkerjaya pon,takkan masak Maggi sampai tiap tiap hari kat suami.Kalau tak sempat sangat pon,makan dekat luar.Bila suami bergaduh dengan isteri yang kaw kaw sampai kena tidur luar bilik baru makan Maggi.Itu pon kira bujang sementara la jugak,kan? *winks*




/