Labu dan Labi

Hello All ♥


Baca diam diam sudeh.


Jerit sini! ♥


Shoutbox





Destinasi Bajet-Supermarket ASDA
Friday 10 December 2010 | 09:09 | 0 hearts♥
Tgk blog neh,dah macham berhabuk bagai dah. Jadik,bersempena dengan kempen 'jangan-membazir-simpan-duit-beli-DSLR-dan-juga-handphone-baru' yang aku lancarkan kat diri sendirik, jadi,mari aku bawak ampa suma pi membeli dan blah.Kat supermarket saja la,tak kan nak bawak pergi Amsterdam kot,nama pon destinasi bajet.Sini, tak dak Mydin ka,Billion ka,hapa ka.Kat Plymouth neh,pemes dengan ASDA.Ala,senang cerita,ASDA neh macam Giant versi UK.Kita mulakan dengan bus stop.

Hoi pompuan,semua orang tau la ini bus stop.Malaysia pon belambak la bus stop.
Setelah lebih kurang sepuluh minit mengucap tak henti henti dalam bas sebab jalan berliku liku ber onak duri sangat,maka kami pon sampai.

Muka tahan pening.Ibu ibu mengandung tak digalakkan naik bas ini.Unless kalau anda betul betul galak.
Tu dia,ASDA.
ASDA neh,warna tema dia,kaler hijau.Para penyokong PAS pencinta alam pasti akan rasa gembira shopping dalam supermarket neh.Haha.Sila jengah kalendar anda dan check apa kah perayaan dalam bulan Disember neh.Setelah diminus Awal Muharram(UK mana sambut Awal Muharram),maka tinggal Christmas sahaja.Sudah pastinya orang putih sekalian alam neh semangat nak sambut Christmas.Sedangkan orang kat Malaysia pon bila nak raya terlebih excited nak sambut raya sampai main mercun putus tangan semua,inikan pulak mat saleh.

Cuba hantar anak pergi tadika pakai baju neh.Nescaya balik meraung raung sebab kena ejek dengan rakan sebaya.
Nampak cokelat neh jah,teringat Langkawi.8 pounds sama dengan lebih kurang 40 hengget.
Bila masuk sini,semua orang dah tak bersatu teguh bercerai roboh.Masing masing ada benda nak dibeli,jadi kami pon tuju haluan masing masing.Tapi, tak susah pon nak carik diorang. Bukak mata,tengok dengan mata hati,ada 2 orang jah makhluk bertudung dalam selautan manusia tuh,kalau tak nampak,memang haru sungguh.

Wanita ini perlu di usrah secara intensif sebab tangkap gambar sebelah beer.
Pergi ASDA sebab nak beli ubat dekat pharmacy sahaja,itu sebab tak beli hapa hapa.Lepas beli ubat,beli ini pulak.
Balut Fish and Chips cam balut nasi lemak. -__-"
Sekian sahaja destinasi bajet hari ini.Murah rezeki,kita jengjalan lagik jauh,ya?

Labels:





/